Merokok adalah penyebab utama penyakit dan membawa kepada
kematian. Ia bertanggungjawab ke atas 90% barah paru-paru dan beberapa barah
lain, 75% penyakit pernafasan, 25% penyakit jantung, komplikasi semasa
mengandung dan penyakit pernafasan di kalangan kanak-kanak.
Sesiapa yang merokok lebih 20 batang rokok sehari
mempunyai 10-15 kali ganda lebih mudah untuk mendapat serangan jantung kerana
merokok merendahkan tahap lipoprotein berkepadatan tinggi (lemak yang baik)
dalam darah.
JENIS PEROKOK
1. Perokok
Aktif : Individu yang menyedut asap rokok aliran utama melalui mulut.
2. Perokok
Pasif : Individu yang menghirup asap aliran sisi dan asap alirah utama yang
dihembus keluar oleh perokok atau terdedah kepada asap rokok persekitaran.
ANTARA KANDUNGAN KIMIA ROKOK
1. Aseton
(penanggal cat).
2. Ammonia
(pencuci lantai).
3. Naphthylamine.
4. Metanol
(bahan api).
5. Naftalena
(ubat gegat).
6. Kadmium
(digunakan dalam bateri kereta).
7. Polonium-201.
8. Gas
monoksida (gas beracun).
9. Vinil
Klorida.
10. Hidrogen
Sianida (racun yang digunakan dalam kebuk gas).
11. Toluidina.
12. Uretana.
13. Toluena.
14. Arsenik
(racun anai-anai).
15. Dibenzakridine.
16. Fenol.
17. Butana.
18. DDT (racun
makhluk perosak).
19. Nikotin.
20. Benzopyrine.
21. Tar
KESAN BAHAN KIMIA TERHADAP KESIHATAN
NIKOTIN
Kesan Awal
1. Menyempitkan
saluran darah.
2. Meningkatkan
kadar denyutan jantung dan membuatkan jantung bekerja lebih kuat.
3. Meningkatkan
jumlah oksigen yang diperlukan oleh jantung.
Kesan Akhir
1. Ketagihan.
2. Meningkatkan
tekanan darah.
3. Menyebabkan
darah membeku dengan mudah.
4. Lebih
cenderung kepada serangan jantung, strok/ulser usus dan perut.
TAR
Kesan Awal
1. Nafas
berbau.
2. Gigi
menjadi kuning.
3. Pakaian,
rumah, dan tempat kerja berbau asap.
Kesan akhir
1. Barah
paru-paru.
2. Emfisima
(kesukaran bernafas).
3. Lain-lain
penyakit barah
KARBON MONOKSIDA
Kesan awal
1. Mengurangkan
oksigen dalam darah.
2. Kekurangan
oksigen dalam darah, yang menyebabkan nafas menjadi pendek.
3. Kurang
stamina.
4. Kurang
oksigen untuk janin.
Kesan akhir
1. Meningkatkan
peluang mendapat atherosclerosis (mengecilkan dan menyekat saluran darah).
2. Memusnahkan
saluran darah dan membawa kepada penyakit saluran darah, penyakit jantung, dan
penyakit paru-paru
ANCAMAN ROKOK TERHADAP ORANG SEKELILING
Wanita
1. Kelahiran
bayi kurang berat badan dan tidak cukup bulan.
2. Lebih
terdedah kepada kanser.
3. Kurang
kesuburan.
4. Putus
haid awal.
5. Kematian
dan keguguran bayi dalam kandungan.
Kanak-kanak
1. Mudah
mendapat penyakit lelah.
2. Mendapat
jangkitan paru-paru.
3. Pertumbuhan
paru-paru kanak-kanak terganggu.
4. Orang
dewasa merokok menjadi contoh yang buruk kepada kanak-kanak.
*****
Jagalah sebaik-baiknya apa yang telah Allah SWT kurniakan
kepada kita. Allah cipta elok-elok, bukan untuk dirosakkan, hanya kerana
mengikut hawa nafsu
A little Words
Post a Comment